Tuesday, October 18, 2016

KLINIK PERGIGIAN TOOTHIE TALES PRESINT 8 PUTRAJAYA - PINKTOBER!


OCTOBER IS BREAST CANCER AWARENESS MONTH


Baru ku tau rupanya Bulan Oktober adalah bulan Kempen Kesedaran Kanser Payudara.

Bagi yang belum mengetahui, bulan Oktober setiap tahun adalah "Breast Cancer Awareness Month" atau “Bulan Kesedaran Kanser Payudara”. Ia bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan umum selain mendidik dan menyokong mereka yang terbabit. 

Jadi bagi menyokong usaha ini Klinik Pergigian Toothie Tales di Bazaar@8, Presint 8 Putrajaya menawarkan 
            
  • Diskaun sebanyak 10% bagi setiap rawatan pergigian asas (Basic dental treatment); 
  • Diskaun 15% untuk pengskaleran atau bahasa mudah nya "Scaling and Polishing" atau lebih mudah dipanggil cuci gigi;
  • Dan 3% daripada hasil rawatan ini akan disumbangkan kepada BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATON MALAYSIA (BCWA).


Bulan Oktober adalah  “Bulan Kesedaran Kanser Payudara”
Poster 1
Poster 2


Jadi bagi sesiapa yang memerlukan rawatan pergigian.. boleh lah datang ke klinik ini dan sambil itu boleh juga kita menyumbang kepada BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATON MALAYSIA (BCWA). Info klinik adalah seperti di bawah

KLINIK PERGIGIAN TOOTHIE TALES

Alamat : No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya

Telefon  :  03-88616262 
               011-15164384

Lokasi :  Atas Pharmacy V-Care di Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya




 

Monday, June 20, 2016

KLINIK PERGIGIAN TOOTHIE TALES PRESINT 8 PUTRAJAYA


KLINIK PERGIGIAN TOOTHIE TALES PRESINT 8, PUTRAJAYA




Untuk penduduk-penduduk di Putrajaya atau di sekitar Putrajaya serta sesiapa yang bekerja di Putrajaya, jika anda mengalami sakit gigi atau masalah kesihatan pergigian boleh datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Toothie Tales. Klinik cantik, doktor friendly dan penerangan doktor sangat jelas sebelum melakukan rawatan. Staff juga friendly dan jika nak senang boleh call untuk buat appointment dulu.

Doktor ada 2 : Dr Nur Lindawati Md Isa dan Dr. Hafizah Effendy

Alamat : No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya

Telefon  :  03-88616262 
               011-15164384

Lokasi :  Atas Pharmacy V-Care di Bazaar@8, Presint 8 (Bukan di Ayers8 yer atau cari Station minyak Shell dan klinik tersebut terletak di row kedai di hadapan Shell)

Klinik juga dibuka setiap hari. Berikut adalah waktu operasi klinik

Isnin - Jumaat :    9.00pagi     -   2.30petang
                               3.30petang -   9.00malam

              Sabtu :   9.30pagi - 3.00pm
              Ahad :   9.30pagi - 1.00pm

Disertakan beberapa keping gambar dalam klinik.. Boleh tahan cantik dan selesa macam suasana kat rumah.

Pandangan hadapan klinik (Lokasi di atas Farmasi V Care sebelah kedai buku SMO)


Kaunter pendaftaran


Ruang tangga

Bila masuk je pintu klinik dah nampak keadaan yang menenangkan.. huhuhuhu



Dah habis buat treatment boleh la selfie kat sini.. hehehehe kalau lepas treatment tak sakit gigi sangat lah.. 
Ada moto : Kat logo dia ada tulis "Every tooth has it tales"



Ruang menunggu

Ruangan ni la yang kata macam suasana kat rumah. Tak rasa macam pergi klinik, jadi tak la rasa nervous sangat.



Treatment room. Cantik interior klinik ni.



Coffee break area

Kalau tengah tunggu turn tu boleh lah minum coffee dulu, milo pun ada, ada biskut, ada kek pisang (kebetulan time tu ada). Kalau tak sempat breakfast kat rumah, jangan risau boleh lah alas perut kat sini. Semua free! terbaikk!!




Logo Klinik Pergigian Toothie Tales. Kreatif !!!


Pelbagai treatment disediakan di sini. Boleh buat scalling (cuci gigi), cabut gigi, tampal gigi, pasang braces, gigi palsu, buat crown, rawatan akar, whitening gigi, implant dan serba serbi memang ada. Rawatan juga sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah dewasa.

Jadi simpan no telefon klinik, jika memerlukan rawatan pergigian boleh call terus klinik atau pun datang walk in. Terbaikk! terima kasih Klinik Pergigian Toothie Tales!

Monday, August 22, 2011

Masjid Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya - Part 3

Semasa saya datang ke masjid waktu ni.. progress pembinaan masjid ni lebih kurang 70-80% siap. (Dari anggaran mata kasar sendiri).. So nak share sikit lebih kurang gambar-gambar sewaktu saya dtg ke masjid time nih. Saya tak sure exactly time ni tahun bila tapi layan jer...


 Ruang dalam masjid yang hampir siap


View masjid Putra dan jambatan Seri Wawasan dari dalam ruang solat


View jambatan Seri Saujana dan jambatan monorel dari dalam ruang solat



Ceiling Masjid.
Belum siap pun dah nampak cantik



Sebahagian ruang dalaman di ruang solat



Atas scaffolding ni menempatkan kubah masjid Al-Mizan (Kawasan ruang solat utama)



Ayat-ayat suci Al-Quran di bahagian hadapan masjid. Masa ni cermin-cermin ni semua baru je siap dipasang.



 Bila dilihat dari jauh.. ayat-ayat ni kelhatan seperti tergantung di udara.



Zoom dekat sikit




Sebahagian ruang atas masjid



Sebahagian floor finishes




Eskalator naik ke masjid. Waktu ni hampir siap pemasangannya



 Pandangan sisi eskalator



Gambar-gambar yang bawah ni pula ialah Kiblat Walk. Sebahagian daripada Kiblat Walk ni dibina oleh kontraktor utama (AZRB) manakala sebahagian lagi dibina oleh kontraktor lain. Ia dibina merentasi dua jalanraya (ada 2 bridge). So memang senang la kalo nak gi solat kat masjid ni. Jalan kaki jer dari Dataran Putrajaya. 


 Kiblat ni ada building yang menempatkan ruang parking. So kalau bawak kereta pun mmg mudah.. byk parking disediakan.



View direct ke Palace of Justice


Ni lah sebahagian dari koleksi gambar-gambar yang ada.. Gambar masjid yg dah siap rasanya tak perlu masuk kut. Semua orang boleh datang tengok and search kat internet bila-bila jer... hehehe.. tapi tengok lah, kalo ada gambar-gambar masjid yang menarik nti akan di update lagi...

Masjid Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya - Part 2


Lama betul nak buat sambungan dari Part 1.. tak sempat nak update.. bz sangat dgn kerja-kerja office dan kerja-kerja luar office. Okeh Part 2 pulak nak sambung sikit-skit lagi.. nak tunjuk beberapa keping gambar yang rasa-rasanya pun tak lah berapa menarik tapi cukup sekadar nak share sebagai info.


Ini adalah salah satu lawatan bersama dengan UiTM. View diambil daripada sebelah tepi masjid



Kawasan di dalam ruang solat masjid ketika di dalam pembinaan



Pintu masuk utama ke ruang solat masjid Al-Mizan. Sekarang ni dah ada rumput di keliling kolam tengah



Gambar kat bawah ni adalah tempat terletaknya kolam air sekeliling masjid ni. So gambar-gambar ni sebelum kolam ni siap sepenuhnya. Masih lagi lantai bersimen.

Kolam di hadapan tempat imam. View menghadap Jambatan Seri Saujana


View menghadap jambatan Seri Wawasan





Gambar yang ni pulak adalah view dari depan pintu masjid menuju ke Kiblat Walk. Kiblat Walk adalah jambatan yang menghubungkan Perbadanan Putrajaya atau Dataran Putrajaya terus menuju ke masjid. Kalo berdiri betul-betul kat bawah gerbang Perbadanan Putrajaya mmg boleh nampak orang tengah sembahyang kat masjid.


So sampai sini jelah part 2. Ada lah sikit-sikit info yang boleh disharekan. Nanti kalau ada lagi tambahan gambar-gambar, saya akan uploadkan dalam next..next..next entry…

Tuesday, April 12, 2011

Masjid Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya – Part 1

Masjid Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya – Part 1
 
Assalamualaikum, ni first entry utk blog yg baru je aku cuba-cuba nak buat.. dapat gak buat. ni pun sebab rakan-rakan office yg suruh buat.. officemate aku ni ramai yg dah jadi blogger tegar.. ada sorang tu mmg dah masyukkk buat duit guna blog. So tengok mcm best jer.. mana tau kan satu hari nanti aku dapat membina kerjaya dgn hanya berblog.. siapa tau kan.. hehehe..

So takde ape yg nak diciter sgt pun. Tapi aku nak berkongsi satu benda yg aku rasa ramai yg tak tau. Kalo takde orang nak amik tau pun at least bila diorng baca ada jugak skit-skit info yg diorang boleh tau.. Ni berkenaan dgn Masjid Al-Mizan atau lebih dikenali sebagai masjid besi yang terletak di Presint 3, Putrajaya.

Rata-rata ramai orang yg datang ke masjid ni semasa masjid ni dah siap sepenuhnya. Maknanya datang time dah boleh digunakan utk solat dsbnya. Tapi aku just nak share beberapa gambar yang aku ada semasa masjid ni tgh dalam pembinaan.. Ada beberapa kali aku ke site projek masjid waktu tu dan 2 daripadanya dgn pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Kuching. Dah kebetulan diorang buat lawatan, aku pun tumpang skali lah dengar taklimat oleh kontraktor Ahmad Zaki Sdn. Bhd.






Sesi taklimat oleh kontraktor



















 

                
Bumbung masjid semasa dalam pembinaan. Semua dibuat dari besi. Tu sebab dipanggil masjid besi. Macamana la diorang ni kerja pasang struktur bumbung tu. Aku tengok pun dah gayat. Gambar sebelah bawah ialah sebahagian dari tiang-tiang utama yang menyokong bumbung masjid.














                                  
Yang ni pulak dipanggil Mashrabiah Screen. Ni la yang menjadi seakan-akan dinding di sekeliling masjid. dan hanya ditutup oleh wiremesh. So angin tu boleh la masuk sepoi-sepoi bahasa kat dalam masjid.














Ni la wiremesh yang diletakkan di setiap dinding yang dipanggil Mashrabiah Screen



 

So wall finishes kat setiap tiang ni guna marble. Yang menariknya berkaitan marble ni ialah marble ni sentiasa sejuk walaupun terkena direct sinaran matahari. Gambar sebelah bawah tu cara pemasangan marble tu kat setiap tiang.


So buat masa ni.. ini lah sebahagian dari gambar-gambar yg aku boleh sharekan. Ada banyak lagi gambar-gambar lain.. maybe kena tunggu Part 2 punyer edition lah.. tak sempat nak tulis banyak-banyak.. nanti aku citer plak material-material atau tempat-tempat lain yg ada kat dalam masjid ni.. orait..
bersambung…