Assalamualaikum, ni first entry utk blog yg baru je aku cuba-cuba nak buat.. dapat gak buat. ni pun sebab rakan-rakan office yg suruh buat.. officemate aku ni ramai yg dah jadi blogger tegar.. ada sorang tu mmg dah masyukkk buat duit guna blog. So tengok mcm best jer.. mana tau kan satu hari nanti aku dapat membina kerjaya dgn hanya berblog.. siapa tau kan.. hehehe..
So takde ape yg nak diciter sgt pun. Tapi aku nak berkongsi satu benda yg aku rasa ramai yg tak tau. Kalo takde orang nak amik tau pun at least bila diorng baca ada jugak skit-skit info yg diorang boleh tau.. Ni berkenaan dgn Masjid Al-Mizan atau lebih dikenali sebagai masjid besi yang terletak di Presint 3, Putrajaya.
Rata-rata ramai orang yg datang ke masjid ni semasa masjid ni dah siap sepenuhnya. Maknanya datang time dah boleh digunakan utk solat dsbnya. Tapi aku just nak share beberapa gambar yang aku ada semasa masjid ni tgh dalam pembinaan.. Ada beberapa kali aku ke site projek masjid waktu tu dan 2 daripadanya dgn pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Kuching. Dah kebetulan diorang buat lawatan, aku pun tumpang skali lah dengar taklimat oleh kontraktor Ahmad Zaki Sdn. Bhd.
Sesi taklimat oleh kontraktor
Bumbung masjid semasa dalam pembinaan. Semua dibuat dari besi. Tu sebab dipanggil masjid besi. Macamana la diorang ni kerja pasang struktur bumbung tu. Aku tengok pun dah gayat. Gambar sebelah bawah ialah sebahagian dari tiang-tiang utama yang menyokong bumbung masjid.
Yang ni pulak dipanggil Mashrabiah Screen. Ni la yang menjadi seakan-akan dinding di sekeliling masjid. dan hanya ditutup oleh wiremesh. So angin tu boleh la masuk sepoi-sepoi bahasa kat dalam masjid.
Ni la wiremesh yang diletakkan di setiap dinding yang dipanggil Mashrabiah Screen
So wall finishes kat setiap tiang ni guna marble. Yang menariknya berkaitan marble ni ialah marble ni sentiasa sejuk walaupun terkena direct sinaran matahari. Gambar sebelah bawah tu cara pemasangan marble tu kat setiap tiang.
So buat masa ni.. ini lah sebahagian dari gambar-gambar yg aku boleh sharekan. Ada banyak lagi gambar-gambar lain.. maybe kena tunggu Part 2 punyer edition lah.. tak sempat nak tulis banyak-banyak.. nanti aku citer plak material-material atau tempat-tempat lain yg ada kat dalam masjid ni.. orait..
bersambung…